Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

KPKT Salur Peruntukan RM2.1 Juta ke PBT

By 12 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto:  Iswandi Kassim (Sarawak)

SRI AMAN, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM2.1 juta peruntukan disalurkan kepada seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini.

Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nor Hizwan Ahmad mendedahkan perkara itu ketika berucap merasmikan Program Randau Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Alia Kandis, Quary Lachau baru baru ini.

“PBT terutamanya di negeri Sarawak akan terus menerima peruntukan daripada kerajaan pusat menerusi KPKT.

“PBT seperti Majlis Daerah akan disalurkan peruntukan berjumlah RM2.1 juta daripada KPKT dan peruntukan tersebut akan disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan bagi mengelak ketirisan,” katanya.

Ucapan Nor Hizwan Ahmad, ketika merasmikan program Program Randau Pemimpin Bersama Rakyat

Ucapan Nor Hizwan Ahmad, ketika merasmikan program Program Randau Pemimpin Bersama Rakyat

Nor Hizwan berkata Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran turut diberi peruntukan KPKT, namun jumlah yang diberikan tidak sama dengan Majlis Daerah.

“Majlis Daerah menerima jumlah peruntukan tertinggi kerana statusnya, dan Dewan Bandaraya serta Majlis Perbandaran, kita beri juga tetapi tidak sebesar jumlah yang disalurkan kepada Majlis Daerah itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, peruntukan RM2.1 juta setahun yang disalurkan oleh KPKT kepada PBT di seluruh negara itu bukan terhad, dan jika ada keperluan permohonan tambahan boleh dibuat kepada Bahagian Kerajaan Tempatan di bawah KPKT.

“Peruntukan RM2.1 juta diberi kepada PBT di seluruh negara ini tidak terhad pada jumlah yang disalurkan, namun jika ada keperluan tambahan mereka (PBT) boleh membuat permohonan tambahan kepada Jabatan atau bahagian kerajaan tempatan di bawah KPKT,” ujar beliau.

Tambah Nor Hizwan, selain peruntukan yang disalurkan oleh KPKT itu, PBT juga menerima bayaran sebanyak 50 peratus bil elektrik PBT yang mana boleh dituntut setiap tahun.

“Di bawah kerajaan persekutuan sebelum ini, peruntukan kepada PBT bagi negeri-negeri pembangkang disalurkan menerusi wakil-wakil politik mereka, ketua bahagian misalnya untuk melaksanakan projek.

“Tetapi di bawah kerajaan persekutuan baharu, peruntukan tersebut akan disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan,” ujarnya.

Justeru, kita (KPKT) tetap akan menyalurkan peruntukan kepada PBT di negeri ini tetapi terus kepada PBT yang berkenaan untuk dibelanjakan bagi tujuan seperti yang dikemukakan.

Nor Hizwan Ahmad (tengah) bersama tetamu kehormat yang terut hadir pada program tersebut

Nor Hizwan Ahmad (tengah) bersama tetamu kehormat yang terut hadir pada program tersebut

“Saya juga jelaskan, bajet ini terpakai untuk perkara-perkara di bawah seliaan PBT atau aset PBT sahaja.

“Maksudnya, kerajaan persekutuan tidak ‘menganaktiri’ mana-mana kerajaan negeri termasuk negeri-negeri pembangkang atas semangat federalisme. Kerana kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa pertelingkahan politik antara parti,” ujar Nor Hizwan.

Sementara itu, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sri Aman, Norina Umoi Utot berkata usaha untuk menjemput Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu ke kawasan Sri Aman ini akhirnya berjaya selepas usaha beberapa kali sebelum ini tdak berjaya.

“Saya berterima kasih kepada Nor Hizwan kerana sudi datang ke kawasan ini dan melihat sendiri dengan kekurangan kemudahan dan prasarana di sini.

“Saya berharap kedatangan beliau bersama-sama kita pada hari ini akan memberi lembaran baharu serta memberi ‘buah tangan’ untuk disampaikan kepada Menteri KPKT, dan rakyat disini mahu melihat kawasan ini dilimpahi projek pembangunan,” ujar Norina.

Beliau berkata rakyat di sini perlu memberi kerjasama baik dalam usaha kerajaan baharu memajukan serta menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat.

Tinggalkan komen anda