Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Lebih 25 Agensi Sertai Karnival Mesra Rakyat

By 13 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 13 Apr (Malaysiaktif) – Karnival Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan 2019 yang dianjurkan buat pertama kali ini bertujuan untuk membolehkan maklumat-maklumat dan segala bentuk bantuan serta insentif daripada kerajaan dapat disalurkan terus kepada rakyat.

Menurut ADUN Indera Kayangan Gan Ay Ling, karnival ini merupakan peluang buat orang ramai untuk mendapatkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang ditawarkan oleh kerajaan di dalam satu tempat.

“Terdapat lebih daripada 25 agensi kerajaan dan badan berkanun yang turun padang membuka kaunter masing-masing sepanjang dua hari karnival ini berlangsung.

“Orang ramai terutamanya rakyat di negeri ini juga boleh menyalurkan aduan atau bertanya mengenai sebarang permasalahan yang mereka hadapi di kaunter agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang menyertai karnival ini,” katanya ketika merasmikan karnival tersebut di Dataran Dato Sheikh Ahmad, di sini hari ini.

Ay Ling turut gembira dengan penglibatan beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan rekreasi yang turut hadir memberikan penerangan dan khidmat aktiviti mereka.

-SH

Tinggalkan komen anda