Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

5000 Peserta Banjiri MSAM Walk 2019

By 14 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Jamil Zainul/Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Sekitar 5000 peserta menyertai acara Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) Walk sejauh 3.3 kilometer bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad, MSAM Walk ini merupakan acara tahunan yang telah memasuki edisi ke-10 penganjurannya.

“MSAM Walk yang pertama adalah pada tahun 2008 di Melaka, dan memandangkan sambutan baik daripada orang ramai menyebabkan acara ini diadakan lagi pada tahun ini,” katanya yang turut menyertai acara tersebut, di sini semalam.

Abdul Rahman turut mengalukan kehadiran orang ramai untuk berkunjung ke pameran MSAM bagi mendapatkan maklumat berkaitan pelaburan serta perancangan kewangan.

Karnival anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama Projek Lintasan Kota Holdings Sdn.Bhd (PROLINTAS) itu dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 25 April ini di perkarangan sebuah pusat membeli belah, di sini dan dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 April nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda