Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

1669 Permohonan Tabung Khas Wanita Kedah Diterima

By 14 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Zurina Saad/Othman Ariff (Yan)

YAN, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 42 orang penerima daripada 1669 permohonan yang diterima di daerah ini telah menerima sumbangan Tabung Khas Wanita Kedah yang di sampaikan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, Halimaton Shaadiah Saad, di sini semalam.

Halimaton berkata tabung ini diwujudkan atas keprihatian membantu golongan wanita kurang berkemampuan, yang dilanda musibah, bencana serta kesempitan hidup selaku ketua keluarga, ibu tunggal, wanita yang ditinggalkan suami, wanita yang menjaga suami atau ibu bapa terlantar, serta wanita tidak berkahwin dan memelihara anak angkat.

“Tabung ini juga diperluaskan untuk membantu golongan wanita yang mahu memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan, dan bagi meningkatkan taraf ekonomi seperti berniaga,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Menurut Halimaton lagi, sumbangan daripada tabung ini diberikan secara sekali beri dengan jumlah maksimum RM1,000 dan sebanyak RM500,000 diperuntukan kepada Tabung Khas Wanita serta tidak memerlukan pembayaran semula.

Penerima sumbangan bergambar bersama.

Penerima sumbangan bergambar bersama.

“Sebanyak 30,000 borang permohonan telah diterima dan ianya akan disemak serta dikendalikan oleh sebuah badan pengurusan kerajaan negeri yang dilantik bagi menguruskannya.

“Antara syarat yang ditetapkan kepada pemohon mestilah anak kelahiran negeri Kedah, bermastautin di negeri ini selama 10 tahun selain pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah,” katanya lagi.

Rata-rata penerima yang ditemui menzahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan dan sedikit sebanyak mampu membantu dalam menguruskan pesakit yang terlantar sama ada suami mahupun ibu atau bapa.

Yoh Soo Keng, 48, yang menjaga suaminya yang telah diserang penyakit strok meluahkan rasa gembira dengan bantuan tersebut.

“Sumbangan ini untuk memenuhi keperluan suami terutama dari segi pembelian lampin pakai buang dan juga ubat-ubatan,” ujarnya kesyukuran.

-SH

Tinggalkan komen anda