Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

PSAS Kumpul Hampir RM100 Ribu Rancak Industri Seni Tempatan

By 14 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Seni Anak Sabah (PSAS) berjaya mengumpul hampir RM100 ribu bagi merancakkan industri seni dan budaya tempatan.

Simbolik... Tun Juhar (tiga dari kanan) menerima sumbangan berjumlah RM 50 ribu bagi pihak PSAS daripada Tenaga Nasional Berhad yang disampaikan Pengurus Besar Komunikasi Korporat SESB, Cenderamata Sinteh (kanan).

Simbolik… Tun Juhar (tiga dari kanan) menerima sumbangan berjumlah RM50 ribu bagi pihak PSAS daripada Tenaga Nasional Berhad yang disampaikan Pengurus Besar Komunikasi Korporat SESB, Cenderamata Sinteh (kanan).

Pengerusinya, Ismaily Bungsu berkata, PSAS yang ditubuhkan pada 12 Mac lalu bermatlamat menyatukan anak-anak seni yang pernah aktif, masih aktif dan yang berminat berkecimpung dalam industri seni.

“Dengan adanya dana yang disumbangkan oleh pihak korporat kepada PSAS, ia mampu menjadi jalan penghubung kepada usaha memelihara dan memulihara kesenian warisan budaya Sabah.

Tun Juhar (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mantan pemuzik Lembaga Kebudayaan Sabah, Morris Ginsin (kanan) sambil disaksikan Toh Puan Norlidah (tiga dari kiri), Christina (dua dari kiri) dan Ismaily (dua dari kanan).

Tun Juhar (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mantan pemuzik Lembaga Kebudayaan Sabah, Morris Ginsin (kanan) sambil disaksikan Toh Puan Norlidah (tiga dari kiri), Christina (dua dari kiri) dan Ismaily (dua dari kanan).

“PSAS akan menjadi wadah anak seni tempatan berkumpul bagi memartabatkan dan memelihara kepelbagaian seni warisan etnik Sabah.

“Kita juga akan membantu kerajaan dalam melakukan kerja-kerja amal kepada golongan yang memerlukan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Pertubuhan Seni Anak Sabah (PSAS) di sini, pada Sabtu malam.

Tun Juhar (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mantan penari Lembaga Kebudayaan Sabah, Rezuan Din (kiri).

Tun Juhar (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mantan penari Lembaga Kebudayaan Sabah, Rezuan Din (kiri).

PSAS dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri oleh Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew; Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Azhar Datuk Matussin; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Daud Yusof dan Ketua Sekretariat Majlis Pelancaran PSAS 2019, Hidayati Md Nor.

EM

Tinggalkan komen anda