Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Songkran Simbol Perpaduan Kaum

By 15 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

TUMPAT, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Pesta Songkran atau Tahun Baru Siam disambut setiap tahun oleh masyarakat Siam Daerah Tumpat bertempat di Dataran Seni Budaya Siam Kelantan, Kampung Dalam Tumpat melalui program ‘Perayaan Songkaran Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan’.

Pesta ini sememangnya dinantikan oleh masyarakat Siam dan kemeriahannya turut dirasai oleh kaum Cina, Melayu dan pelancong asing yang hadir ke pesta ini.

Konsul Jeneral Thai yang berpejabat di Kota Bharu, Mongkol Sinsomboon berkata perayaan ‘Songkran Perpaduan’ adalah untuk memperkenal, memulihara dan memartabatkan warisan budaya dan kesenian Siam Kelantan supaya tidak pupus oleh perubahan zaman.

Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kubudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Lau Chin Chua berkata beliau berharap perayaan seumpama ini boleh jadi tarikan pelancong dari dalam dan luar Negara.

Kanak-kanak disiram air dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat tanda sempurnanya Pesta Songkran

Kanak-kanak disiram air dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat tanda sempurnanya Pesta Songkran

“Sehubungan itu, ia juga turut memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum,” tambahnya.

“Songkran menambahkan lagi warna kebudayaan dan kesenian di negeri ini dengan mempamerkan keunikan budaya rakyat agar dikenali di kalangan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam ucapan perasmian.

Tambah Lau Chin Chua beliau percaya dan yakin perayaan ini boleh menjadi salah satu produk pelancongan yang menarik dan juga berharap penganjuran ini dapat merancakkan lagi promosi kempen tahun Melawat Malaysia,”katanya.

Acara menyiram dan menyimbah air adalah acara yang paling dinanti-nantikan oleh pengunjung terutama kanak-kanak dalam Pesta Songkran dan ini merupakan sambutan kali ke 22 di Negeri Kelantan yang disambut pada 13 April setiap tahun.

Demonstrasi menyiram air ditunjukkan dalam program ini yang mana seorang anak memohon restu dan menyiram kedua tapak tangan tanda simbolik bermula pesta songkran diadakan pada hari ini.

Lebih 500 pengunjung di sini disimbah air menggunakan bantuan pihak bomba dan pistol air disambut dalam suasana meriah dan harmoni.

Turut hadir, Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Norwahidah Zainalibdin, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Dan Negeri Kelantan, Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Prof Madya Pim Chau Dam.

-NAZ

Tinggalkan komen anda