Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

LCAP Cetus Fenomena Seni Lukisan Mural

By 16 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 16 Apr (Malaysiaaktif)Labuan Community Art projek (LCAP) yang diterajui persatuan seni visual Labuan (LAVISTA) memperkenalkan Seni Lukisan Mural, satu fenomena yang sedang berkembang di seluruh Malaysia.

Menurut Pengerusi LAVISTA, Azize Mohd Yusoph, projek seni itu berjaya menaikkan nama Pulau-Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kuala-Lumpur sebagai destinasi pelancongan seni.

Amir (enam dari kanan) , Ahmad Fikri (enam dari kiri), Azize ( lima dari kiri), Yon Zahimah (empat dari kiri) bersama tetamu lain bergambar kenangan d ihadapan mural 3D.

Amir (enam dari kanan) , Ahmad Fikri (enam dari kiri), Azize ( lima dari kiri), Yon Zahimah (empat dari kiri) bersama tetamu lain bergambar kenangan d ihadapan mural 3D.

“Projek ini dilihat mampu menjadi satu Platfom untuk menanam, mendidik dan memelihara sejarah, seni dan budaya negara di kalangan masyarakat khusunya di Labuan.

“Melalui seni dan seterusnya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi terunggul dan pusat keseniaan Negara,” katanya semasa Majlis Memperkenalkan Lukisan 3D Art di Lapangan Terbang Labuan baru-baru ini.

Darlene (kiri) bersama seorang lagi pelukis seni mural, Mike Tinus.

Darlene (kiri) bersama seorang lagi pelukis seni mural, Mike Tinus.

Azize merakamkan penghargaan kepada penaja mereka iaitu Labuan Financial services Authority (Labuan FSA) dan juga Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Labuan yang telah memberi kepercayaan kepada LCAP merealisasaikan seni mural pertama di Labuan.

Projek diterajui tiga anak muda terdiri daripada Darlene Dymphna Clement, 33, selaku pengurus projek, dibantu oleh Afi Mohd Arif Koh, 27 dan Nor Hidayah Mohd Nor, 37, di bawah bimbingan Azize sendiri.

Bagi Darlene, Labuan Community Art Project 2018-2020 akan menjadi satu titik permulaan perkembangan seni budaya di Wilayah Persekutuan Labuan yang juga dikenali sebagai Mutiara Borneo.

Darlene turut berharap seni dan kejayaan ekonomi Labuan akan berperanan untuk sama-sama menjadikan Labuan sebagai pusat keseniaan Malaysia.

Hadir sama menyempurnakan majlis Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien; Pengurus Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) Labuan, Ahmad Fikri Samsudin dan Pengarah Perhubungan Korporat Labuan FSA, Yon Zahimah Ibrahim.

EM

Tinggalkan komen anda