Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Kejohanan Julung Kali TDIJ2019 Tampil Pelumba Basikal Antarabangsa

By 16 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 15 buah pasukan kontinental benua, lima kelab lumba basikal terkemuka Asia, satu pasukan kebangsaan dan dua buah pasukan negeri akan menampilkan seramai 115 pelumba basikal pada kejohanan sulung lumba basikal Tour de Iskandar Johor (TDIJ) 2019.

Pengerusi Sovereign International Ventures Sdn Bhd, Jaffar Hashim berkata, kejohanan baharu lumba basikal ini akan diadakan selama tiga hari bermula 17 hingga 19 April ini dan meliputi jarak keseluruhan sebanyak 403 kilometer sekitar negeri Johor.

“Kejohanan ini berstatus 2.2 Jelajah Asia dan telah mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) serta disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Johor.

Pengerusi Sovereign International Ventures Sdn Bhd, Jaffar Hashim (kiri) berharap kejohanan ini akan mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Johor untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Pengerusi Sovereign International Ventures Sdn Bhd, Jaffar Hashim (kiri) berharap kejohanan ini akan mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Johor untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

“Kita berharap semoga kejohanan yang pertama kali diadakan di negeri Johor ini dapat dijayakan dengan sempurna dan mendapat taraf ’Excellent’. Jika kejohanan ini mendapat kepercayaan dan diperakui oleh Kerajaan Negeri, saya juga berharap kejohanan ini dapat dianjurkan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sidang media Kejohanan Tour de Iskandar Johor 2019 yang diadakan di Hotel Trove, di sini, hari ini.

Jaffar juga mengumumkan bahawa majlis pelancaran kejohanan TDIJ 2019 ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal bertempat di Dataran Mahkota Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada esok hari.

TDIJ 2019 menampilkan seramai 115 pelumba tempatan dan antarabangsa yang akan mengharungi jarak laluan sebanyak 403 kilometer menerusi tiga peringkat perlumbaan sekitar negeri Johor.

TDIJ 2019 menampilkan seramai 115 pelumba tempatan dan antarabangsa yang akan mengharungi jarak laluan sebanyak 403 kilometer menerusi tiga peringkat perlumbaan sekitar negeri Johor.

Menariknya, kejohanan kali ini akan turut disertai oleh pelumba terbaik keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Benjamin Dyball dari pasukan profesional negara, Team Sapura Cycling (TSC).

Pelumba basikal kelahiran Australia itu berjaya menyarung Jersi Kuning pada peringkat terakhir perlumbaan LTdL 2019 yang berakhir di Pekan Kuah, Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Kejohanan Tour de Iskandar Johor 2019 juga dijangka menampilkan aksi yang mendebarkan dari kalangan pelumba yang bertanding.

Benjamin Dyball, pemenang Jersi Kuning Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 akan turut beradu tenaga dengan pelumba-pelumba dalam kejohanan baharu ini di negeri Johor

Benjamin Dyball, pemenang Jersi Kuning Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 akan turut beradu tenaga dengan pelumba-pelumba dalam kejohanan baharu ini di negeri Johor

Bertemakan ‘Reaching Excellent’, Tour de Iskandar Johor akan bermula dari Iskandar Puteri menuju Batu Pahat sejauh 122.9 kilometer, Muar – Yong Peng (172.4 kilometer) sebelum peringkat terakhir dari Kluang ke Johor Bahru sejauh 107.7 kilometer.

Selain Dyball, antara pelumba tempatan yang akan turut bersaing merebut gelaran juara TDIJ 2019 adalah Irwandie Lakasek dari TSG Cycling Team dan Sofian Nabil Omar, mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

EM

Tinggalkan komen anda