Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Program Food Bank UTM Bantu Siswa

By 16 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Sharifah Alia Syed Nasir (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Susulan Mesyuarat Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 15 Febuari 2019, kerajaan telah memutuskan utk meluaskan Program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian ini ke seluruh institusi pengajian tinggi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyusun satu pertemuan yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dgn semua Naib Canselor IPTA berlangsung pada 4 Mac 2019 bagi membincangkan pelaksanaan program ini di peringkat universiti.

Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan ucapan Perasmian Program Food Bank Siswa UTM

Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan ucapan Perasmian Program Food Bank Siswa UTM

Inisiatif Food Bank Siswa ini berkonsepkan “From the student to the students” di mana pihak jawatankuasa mengalu-alukan pelajar yang ingin terlibat dalam melaksanakan Food Bank Siswa ini terutamanya dari persatuan-persatuan pelajar untuk sama-sama membantu golongan pelajar yang memerlukan.

“Ini adalah kerana, kerajaan ingin memastikan pelajar sebagai pelapis negara dapat menimba lebih banyak pengalaman dalam pelaksanaan program kebajikan seperti ini. Ianya juga adalah untuk memupuk semangat kesukarelawan di samping dapat bergiat aktif dalam aktiviti yang dijalankan di universiti.

“Secara tidak langsung program ini juga telah berjaya menyelamatkan sebanyak 1156 metrik tan lebihan makanan. Program ini merupkan satu program berterusan dan bukan bersifat ad-hoc dan one-off.

Media dan jemputan yang hadir semasa Majlis Perasmian Program Food Bank Siswa UTM

Media dan jemputan yang hadir semasa Majlis Perasmian Program Food Bank Siswa UTM

“The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru (di bawah JCORP), Persatuan Usahawan India Muslim Johor (PERUSIM), Pasaraya Econsave, Pasaraya Borong NSK Trading City, Rotinas Bakery & Confectionery Sdn. Bhd. dan Shell antara penyumbang yang turut terlibat dalam menyediakan makanan masak dan makanan kering,” katanya.

“Bagi pelaksanaan Program Food Bank Siswa UTM ini, terdapat 200 orang pelajar yang telah dikenalpasti daripada golongan B40 untuk mendapat manfaat daripada program ini.

“Rakan strategik KPDNHEP adalah Gerakan Penguna Siswa (GPS). GPS akan dilatih untuk menjadi sukarelawan dan juga penggerak bagi program ini” ucap Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr.Ismail Bakar, semasa perasmian baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz, Naib Canselor UTM Datuk ir. Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Foodbank Malaysia, Abd. Wahab Long.

EM

Tinggalkan komen anda