Skip to main content
HomeJohor

Program Biodiversiti Pilihan Usahawan Masa Hadapan

By 17 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Mazlin Basir/Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Program Biodiversiti dan perniagaan adalah penting bagi mengeratkan masyarakat yang berinovasi dan berkreativiti.

Menurut Naib Presiden Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mohd Zaid Mohd Yusof, projek biodiversiti yang dirangka dan ditandatangani sebelum ini diharap mencapai sasaran dan dapat meningkatkan ekonomi biodiversiti selain memberikan pulangan yang lumayan kepada rakyat.

“Peningkatan sumber ekonomi dan keselesaan rakyat mesti digembleng bersama-sama serta masalah tanah perlu diselesaikan sebaiknya oleh kerajaan negeri agar setiap rakyat mempunyai peluang dan ruang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di atas tanah terbiar milik kerajaan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Ahli Dewan Negara, Ir Md Nasir Hashim berkata program biodiversiti merupakan antara program yang akan menjadi pilihan usahawan pada masa hadapan kerana sifatnya menggabungkan kepelbagaian perniagaan serta program yang dilaksanakan oleh badan korporat dan koperasi ini adalah penting bagi menggalakkan masyarakat untuk berniaga secara berinovasi.

Mohd Zaid Mohd Zin, projek biodiversiti mampu memberikan pulangan lumayan kepada rakyat

Mohd Zaid Mohd Zin, projek biodiversiti mampu memberikan pulangan lumayan kepada rakyat

“Contohnya dengan memperhebatkan tanaman herba dan tanaman makanan yang boleh membantu usaha-usaha promosi kerajaan bagi mempelbagaikan tanaman supaya berkembang menjadi komuniti baru,” katanya.

Beliau menekankan agar usahawan dan peladang dapat meneruskan perjuangan ini sehingga berjaya dan mencapai kualiti serta objektif untuk menjadikan negeri Johor sebagai peneraju agro makanan.

“Kerajaan negeri Johor sentiasa memberi perhatian, lebih-lebih lagi dalam melestarikan ekonomi yang mampan dan saksama kerana sektor pertanian adalah sektor yang penting dalam sosioekonomi negeri Johor dan telah menyumbang sebanyak 15.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Johor pada tahun 2017.

Beliau turut memaklumkan bahawa skim tanah untuk pertanian seluas dua ekar seorang akan diberi kepada ahli jawatankuasa yang aktif dan komited dalam aktiviti dan diberi peluang melaksanakan program biodiversiti.

“Harapan saya kepada usahawan dan Koperasi Peladang dan Penternak negeri Johor agar dapat melahirkan usahawan yang berdikari dan bekerjasama kearah melestarikan komuniti baru dalam mengembangkan produk biodiversiti ini.

Penyampian sumbangan kepada saudara baru

Penyampian sumbangan kepada saudara baru

“Kesannya kita tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk mengimport hasil pertanian dari luar negara,” ujarnya dalam ucapan perasmian Program Biodiversiti, anjuran Koperasi Peladang dan Penternak Negeri Johor Berhad (KPPNJ), Bahagian Bersatu Batu Pahat dan Kelab Usahwan Sahabat Ikhtiar Batu Pahat di Dewan Bersatu Bahagian Batu Pahat, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyampaian sumbangan kepada Pelajar Tahfiz Taman Bukit Perdana dan saudara baru daerah Batu Pahat turut diadakan bagi membantu mereka meringankan beban demi kelangsungan hidup.

Muhammad Saif Abdullah, 36, dari Taman Seri Sulong, menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa memberi bantuan berbentuk sumbangan keperluan harian mahupun wang ringgit terutamanya golongan saudara baru. Beliau yang telah memeluk Islam pada bulan Ogos 2009 mendapat hidayah dari Allah SWT adalah melalui isterinya yang ketika itu juga memeluk Islam.

“Tiada tentangan daripada ahli keluarga untuk memeluk Islam kerana ibu saudaranya juga memeluk Islam. Kini saya berasa lebih bahagia dan tenang, saya juga menasihati orang ramai yang memandang serong terhadap Islam supaya kenali agama Islam serta lihat cara hidup mereka kerana Islam itu mudah, yang menjadi susah adalah diri kita sendiri,” ujarnya.

Muhammad Saif Abdullah, saudara baru ditemui semasa program berasa lebih tenang dan bahagia selepas memeluk Islam

Muhammad Saif Abdullah, saudara baru ditemui semasa program berasa lebih tenang dan bahagia selepas memeluk Islam

Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti pertandingan mewarna Tabika KEMAS, pertandingan hiasan pulut kuning, masakan asam pedas dan gubahan tuala bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kaum di samping mengukuhkan lagi permuafakatan penduduk setempat.

Sementara itu, guru Tabika Kemas Kampung Kenangan Dato’ Onn, Hamidah Kasman, 56, mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada anak-anak sekolah Tabika Kemas untuk mengikuti pertandingan ini.

“Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan sebarang aktiviti demi kebaikan anak-anak.

“Saya mencadangkan agar pihak penganjur selepas ini menyediakan lokasi dan ruang yang lebih selesa untuk kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna,” tambahnya.

Hamidah berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada kanak-kanak Kemas untuk menyertai pertandingan

Hamidah berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada kanak-kanak Kemas untuk menyertai pertandingan

Turut hadir Yang Dipertua Koperasi Peladang dan Penternak Negeri Johor Berhad, Datuk Mohd Zahari Mohd Zin dan Pengerusi Koperasi Peladang dan Penternak Negeri Johor Berhad, Abdul Basit Hamzah.

EM

Tinggalkan komen anda