Spesis Kerapu Baharu, ECHO Grouper Berjaya Dihasilkan

IMG-20190417-WA0042
Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Spesis baharu ikan kerapu, ECHO kerapu (ECHO Grouper) berjaya dihasilkan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) oleh Jabatan Perikanan.

Kajian selama lebih kurang lima bulan oleh peserta sukarela program, Bayu Aquaculture Sdn Bhd menemui ECHO Grouper melalui pembiakan secara kacukan balik (backcross).

Shafie (kiri) mendengar penjelasan mengenai ECHO Grouper dari wakil Bayu Aquaculture Sdn Bhd.

Shafie (kiri) mendengar penjelasan mengenai ECHO Grouper dari wakil Bayu Aquaculture Sdn Bhd.

Kajian juga menunjukkan spesis tersebut boleh mencapai saiz 12 sentimeter dalam tempoh 150 hari menyamai tahap tumbesaran yang hampir sama dengan kerapu gergasi (Giant Grouper).

Ia dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di lobi Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

EM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...