Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Agrogreen Sabak Bernam Dapat Sambutan

By 11 September 2023September 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Yaacob (Sabak Bernam)

SABAK BERNAM, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Selangor Agrogreen Peringkat Daerah Sabak Bernam yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam di Dewan Sri Bernam Sungai Besar telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat setempat.

Menurut Pegawai Daerah Sabak Bernam Amri Ismail, program ini amat bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri yang menjadikan Sabak Bernam sebagai pusat pengembangan pertanian wilayah utara negeri Selangor.

“Kerajaan negeri telah merangka Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA) yang mengandungi tiga objektif utama iaitu meningkatkan produktiviti hasil pertanian negeri Selangor, meningkatkan sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri, meningkatkan pendapatan usahawan serta memberi peluang kepada golongan muda terlibat secara aktif dalam sektor pertanian dan agropelancongan.

“Saya juga menyeru kepada petani agar lebih ke hadapan dalam usaha membangunkan hasil pertanian dengan menghasilkan produk hiliran yang boleh bersaing ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Agrogreen Peringkat Daerah Sabak Bernam.

Program dua hari dari 9 hingga 10 September itu turut mengadakan pelbagai aktiviti pendidikan serta pameran produk dan teknologi berkaitan pertanian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda