Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

[Video] 200 Orang Asli Bekerjasama Mengawal Sekatan

By 6 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
 
Laporan dan foto oleh NorFadzlina Ahmad Fadzli  (Gua Musang)

GUA MUSANG, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Kemusnahan hutan akibat pembalakan yang semakin serius dan mengancam keselamatan penduduk Orang Asli kini memaksa mereka bertindak mengenakan sekatan laluan bagi menghalang kegiatan tersebut.

Tinjauan Malaysiaaktif di Kampung Pos Gob mendapati ada kenderaan dan jentera pembalak yang dibawa keluar dari kawasan operasi mereka berikutan desakan masyarakat Orang Asli yang mahukan supaya operasi dihentikan.

kenderaan dan jentera pembalak yang dibawa keluar dari kawasan operasi

Kenderaan dan jentera pembalak yang beredar dari kawasan pembalakan.

 

Menurut seorang pendudu, Limat Lias, 39, seramai 200 penduduk dari Kampung Gawim, Kampung Sedel, Kampung Beiring, dan Kampung Pasik bekerjasama menjaga kawasan terbabit siang dan malam bagi memastikan sekatan agar tidak dicerobohi oleh pembalak.

“Sudah lebih seminggu kami berkampung di sini mengawal pergerakan lori balak dan sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama dengan penduduk Orang Asli yang lain,” katanya yang berhimpun di Pos Gob.

Sementara itu, wakil penduduk kampung Jedar, Ami Alang, 51, menjelaskan setakat ini terdapat lebih kurang 30 buah jentera dan kenderaan pembalak yang di bawa keluar dari kawasan pembalakan.

“Surat arahan berhenti meneruskan aktiviti pembalakan dan mengosongkan kawasan pembalakan telah diberikan kepada pengusaha balak pada 16 September 2016.

“Surat arahan berkenaan memberi tempoh dua minggu untuk mengosongkan kawasan dan kawasan sekatan ini akan dilakukan sehingga aktiviti pembalakan dan kesemua peralatan dan jentera pengusaha balak telah dibawa keluar dari kawasan Gob ini,” jelasnya.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda