Skip to main content
EkonomiHomeViral

Hari Pengguna 2015 Sebagai Tanda Prihatin Hak Mereka

By 13 Oktober 2015Oktober 14th, 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan akan menganjurkan Program Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia  bagi menyemarakkan lagi sambutan pada tahun ini.

Gabungan program ini menunjukkan peranan KPDNKK dalam mengawal selia sektor perdagangan dalam negeri seterusnya memastikan ekonomi negara sentiasa seimbang serta hak pengguna akan sentiasa terpelihara.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata matlamat utama negara adalah untuk mewujudkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya.

Beliau turut berpendapat program ini perlu bagi memacu pasaran dan ekonomi negara ke arah negara yang lebih maju.

“Yang penting kita nak lihat bukan sahaja pengguna mempunyai kuasa membeli, tetapi mengetahui hak mereka dalam melakukan apa sahaja perniagaan,  sama ada berniaga atau memberi barang buatan Malaysia,” katanya dalam sidang media di Majlis Perlancaran Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di Putrajaya hari ini.

“Ianya menjadi satu matlamat kita untuk menawarkan jualan barang yang berpatutan kerana kita tidak mahu pengguna merasakan mereka beli itu adalah sesuatu harga yang tidak patut sama sekali.”

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat pelbagai program telah diatur sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

“Jualan Produk Buatan Malaysia oleh 200 usahawan tempatan dalam pelbagai kategori, Penyampaian Anugerah Tokoh Pengguna, Aktiviti Kerohanian Malam Cinta Rasul, Larian ‘FRIENDS OF KPDNKK’, Konsert Suara Pengguna, Food Truck dan lain-lain lagi,” katanya lagi.

Majlis Pelancaran yang disempurnakan Hamzah diiringi Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Alias Ahmad, Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Basaruddin  Sadali dan Pelakon, Siti Saleha.

Program Hari Kebangsaan akan bermula 23 hingga 25 Oktober 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Penganjuran sambutan tersebut turut mendapat kerjasama beberapa Jabatan Kerajaan, pihak Swasta, NGO Kepenggunaan dan pelajar sekolah.

 

Tinggalkan komen anda