Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Taman Tema Bertam Resort & Waterpark Tarikan Baharu Kepala Batas

By 17 November 2022One Comment1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Rahman/Zanizal Zamani

BERTAM, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Satu lagi mercu tanda baharu iaitu Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas bakal dibuka pertengahan Disember tahun ini.

Taman tema berkonsepkan ‘Moroccan’ bertaraf lima bintang dan berkeluasan lapan hektar itu merupakan yang terbesar di utara Semenanjung Malaysia dibina dengan kos sebanyak RM90 juta.

Menurut Nur Athirah Farahin, 15, beliau dan penduduk Seberang Perai Utara amat gembira dengan siapnya taman tema di kawasan itu.

“Dengan adanya taman tema ini, bukan sahaja akan menjadi tarikan utama pengunjung dari Pulau Pinang malah pengunjung dari beberapa negeri lain termasuk Kedah, Perak, Perlis dan lain-lain negeri,” katanya.

-ZS-

One Comment

Tinggalkan komen anda