
Oleh Azhar Hj Ismail ( Kelantan)
GUA MUSANG, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat di perkampungan pinggir Gua Musang dua hari lepas serentak dengan tekanan arus Sungai Nenggiri telah menyebabkan kerosakan terhadap Jambatan Stelu serta membahayakan pengguna.
Jambatan sementara itu dibina selepas jambatan asal musnah dirempuh arus deras semasa bah kuning yang melanda Kelantan hujung Disember lepas.
Jambatan ini dianggap penting dalam menghubungkan masyarakat di seberang Pulau Stelu dengan Bandar Gua Musang,selain bagi pengguna jalan pintas Gua Musang-Jeli.