
Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU. 21 Okt (Malaysiaaktif) — Seramai 20 pendayung daripada Kontinjen Negeri Johor akan mengejar kejayaan dalam Kejohanan Tanjung Pinang International Boat Race 2015.
Mereka merupakan atlit sukan Perlumbaan Boat Naga Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Johor.
Kejohanan yang bakal berlangusng pada 23 hingga 25 Oktober di Sungai Carang, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia itu akan disertai oleh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sebagai penganjur pertandingan.
Ketua Kontinjen Negeri Johor, Mazlan Mearaj berkata, “Setiap tahun Johor menghantar atlit-atlit berpengalaman disamping atlit muda ke sana. Disamping mengejar kejuaraan, atlit-atlit ini didedahkan dengan pengalaman di peringkat antarabangsa.”
Menurutnya lagi, “atlit negeri Johor pernah menjadi juara keseluruhan Kejohanan Kenu Kebangsaan Ke 13 /2015 di Putrajaya pada 15 hingga 17 Mei yang lepas.
Para atlit akan berlepas dari Terminal Feri Stulang Laut Johor Bahru ke Tanjung Pinang, Indonesia pada 22 Okt 2015 ini.