
Oleh Azhar Hj Ismail (Kelantan)
PASIR MAS, 5 Okt ( Malaysiaaktif) — 70 unit rumah di Pondok Al-Yussuffiyah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Banggol Nering Gelang Mas, musnah dijilat api semalam.
Kejadian pada kira-kira pukul 8.30 malam itu dipercayai berlaku berikutan kelalaian pelajar yang terlupa mematikan dapur gas kerana menghadiri kuliah selepas Isyak.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan kerugian masih belum dianggarkan.