Skip to main content
EkonomiHomeViral

RTM Akan Siar Debat Arul/Tony Pua ‘Live’ Tanpa Penonton

By 3 November 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

SERDANG, 3 Nov (Malaysiaaktif) –  Radio Televisyen Malaysia (RTM1) bersetuju menyiarkan debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya,Tony Pua tanpa penonton pada 9 hingga 10 malam Jumaat ini di Studio 1 RTM.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, debat ini perlu disegerakan dan diadakan secara profesional dengan fakta yang tepat tanpa melibatkan emosi. Debat ini akan akan dikendalikan oleh seorang moderator RTM dan disiarkan secara langsung di TV1, tanpa sebarang suntingan selama sejam supaya masyarakat mendapat maklumat tentang 1MDB.

Tambahnya, bukan soal menang kalah. Kedua-duanya cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Mereka berdua patut tahu apa yang perlu dibincangkan secara kondusif untuk manfaat masyarakat. Masyarakat pula perlu lebih bersikap terbuka dan memahami perkara yang akan dibincangkan.

Salleh ditemui ketika sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX (SALPBMIX) di Universiti Putra Malaysia pagi ini.

Sementara itu, di Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Arul dan Pua hanya boleh berdebat sekiranya Pua melepaskan kedudukannya dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atau menarik diri daripada pembabitan dalam siasatan ke atas 1MDB.

Pandikar juga berkata sekali gus Arul juga tidak lagi boleh menjadi saksi dalam penyiasatan PAC jika beliau meneruskan hasrat untuk berdebat dengan Pua.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pula berkata debat di antara Pua dan Arul tidak akan menyelesaikan segala masalah dalam 1MDB. Beliau memberitahu wartawan di lobi parlimen hari ini bahawa debat tersebut mungkin akan hanya memberikan pencerahan kepada rakyat, tetapi ia masih tidak dapat menyelesaiakan segala masalah dalam 1MDB, kerana yang lebih penting ialah penyelesaian melalui prosiding PAC.

 

Tinggalkan komen anda