Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Tren Kargo Panjang KTMB Catat Rekod Baharu

By 28 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ariza Mohamed Zaki, Fukhrazi Ramli & Zanizal Zamani (Pulau Pinang)

KEPALA BATAS, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa 120 kontena seberat 2,400 tan tiba di Pinang Tunggal, Kepala Batas kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Tren tersebut berlepas dari Stesen KTM Pelabuhan Klang ke Stesen Padang Besar, Perlis pada pukul 9.55 malam tadi.

Tren sepanjang 1.9 kilometer itu bakal mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dalam kategori tren kargo terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Menurut Presiden KTMB Berhad, Datuk Sarbini Tijan, tren  berkenaan menggunakan Lokomotif  Kelas 26 yang dikenali sebagai Blue Tiger.

Terdahulu, Perkhidmatan KTMB Kargo memecahkan rekod dengan 50 gerabak pada 2010.

Tren tersebut tiba di Stesen Keretapi Padang Besar, Perlis kira-kira pukul  1.15 tengahari tadi.

 

Tinggalkan komen anda