Skip to main content
HomeViral

Aliran Trafik Di Lebuhraya PLUS Dan LPT Lancar Pagi Ini

By 8 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Aliran trafik di semua Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dilaporkan lancar pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad memaklumkan, aliran trafik di lebuhraya utama bagi kedua-dua arah itu dilaporkan terkawal dan lancar setakat 9 pagi ini.

“Kenderaan bergerak lancar, tiada peningkatan jumlah kenderaan di lebuhraya pada sebelah pagi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keseluruhan trafik di semua lebuh raya termasuk LPT dilaporkan lancar pagi ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

 

-BERNAMA

Tinggalkan komen anda