Skip to main content
HomeViral

Gempa Bumi Christchurch: Tiada Warga Malaysia Cedera

By 14 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam gempa bumi 5.7 magnitud yang melanda Christchurch, New Zealand, pada Sabtu.

Menurut kenyataan, kementerian itu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington akan terus memantau dan memberikan maklumat terbaharu mengenai situasi di sana.

“Rakyat Malaysia yang berada di New Zealand dinasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan pihak berkuasa di New Zealand,” demikian menurut kenyataan itu.

Tinggalkan komen anda