Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Piala FA 2016: Perlis FC Menang Tipis Lawan KL Felcra  FC

By 19 Februari 2016Februari 20th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Anuar Che Amat / Foto Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 19 Feb (Malaysiaaktif) — Perlawanan Piala FA 2016  di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis malam ini menemukan Pasukan Perlis FC dengan Pasukan  KL Felcra  FC.

Pasukan Perlis di bawah bimbingan jurulatih Dollah Salleh  bermula garang dengan  gerakan-gerakan berbahaya  di cetuskan oleh  Kayne Vincent, penyerang berbisa pasukan Singa Utara.

Walaubagaimana,  pun asakan -asakan tersebut diserap  kemas oleh barisan pertahanan KL Flecra FC yang di tunjangi oleh Adi Sharil Azmi sehingga tiada jaringan gol berjaya sepanjang perlawanan separuh masa pertama oleh kedua-dua pasukan.

Pada Separuh masa kedua kedua, Dollah Salleh melakukan beberapa  pertukaran taktikal dan memasukan Edward Junior Wilson untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan Perlis. Hasilnya pada minit ke 71, bola  hantaran Mohd Alafi Mahmod dari sebelah kanan kawasan KL Felcra FC di sudahkan dengan kemas oleh Kayne.

Gol tersebut ternyata memberi keceriaan kepada lebih sembilan ribu penonton yang hadir di stadium.

Jaringan tersebut kekal ke akhir masa penamat yang di adili oleh Mohd Aizainizam Mamat .

Keputusan 1-0.

 

Tinggalkan komen anda