
Oleh Herman Hamid (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini berdialog dengan penduduk setempat di Dewan Orang Ramai Sungai Bharu, Kampung Bharu.
Sesi dialog dihadiri seramai 150 orang dengan tujuan sebagai platform mendengar permasalahan yang dihadapi masyarakat setempat selain merapatkan hubungan, terutamanya penduduk di Kampung Bharu.
Datuk Johari yang berkata, beliau merupakan seorang Wakil Rakyat yang dipilih oleh pengundi di Parlimen Titiwangsa. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua penduduk di Parlimen Titiwangsa, tanpa mengira fahaman politik untuk hadir ke Klinik P.119 Parlimen Titiwangsa, Desa Pandan pada setiap Jumaat bermula pukul 2.30 petang, bagi membolehkan penduduk berkomunikasi secara bersemuka dan meluahkan apa yang dihajati.
Majlis sesi dialog ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Komuniti Sungai Bharu (PKSB), Mohd Yusof Mohd Noor dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Paya, Kampung Bharu, Ismail Sahat.