
Oleh Asmidar Zainol
KUCHING, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan dua mayat yang ditemukan di lokasi nahas helikopter di Batang Lupar sebagai suami kepada bekas Menteri Perusahaan dan Komoditi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, Asmuni Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairi Anuar Wan Ahmad.
Menurut Hishammuddin, ketiga-tiga jenazah, termasuk Pengawal Peribadi Timbalan Datuk Noriah, Ahmad Sobri Harun akan diterbangkan awal pagi ini menggunakan pesawat khas Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Jenazah-jenazah itu seterusnya akan dihantar ke kampung halaman masing-masing. Allahyarham Asmuni dan Allahyarham Ahmad Sobri akan diterbangkan terus ke Terengganu dan seterusnya ke Subang, manakala jenazah Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khar-il akan terus diterbangkan ke Ipoh.