Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Satu Mayat Ditemukan Berhampiran Timur Pulau Triso

By 9 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

SRI AMAN, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Operasi Gerakan Mencari dan menyelamat (SAR), OCPD Sri Aman, Othman Sulaiman
memaklumkan bahawa satu mayat ditemukan di kedudukan 2.2 batu nautika dan terapung di tengah Timur Pulau Triso.

Selain itu, serpihan pesawat, iaitu sebuah botol silinder dijumpai pada pukul 11.15 pagi pada kedudukan 8.5 batu nautika.

Othman berkata, mayat dan serpihan berada di alur yang sama.

Katanya lagi, operasi akan diteruskan seperti biasa sehingga penutupan diberitahu oleh Ibu Pejabat Polis Sarawak dan mayat akan dihantarkan ke Kuching bagi tujuan forensik dan bedah siasat.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda