Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

[KEMASKINI] ‘Usah Terpedaya Harga Kereta Murah’ – KP Melaka

By 20 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan harga kereta murah kerana dicurigai kereta curi.

Ini berikutan tertangkapnya sembilan orang rakyat tempatan sekitar Melaka bersama rampasan 14 buah kenderaan, termasuk enam buah van dan lapan buah motokar dalam operasi ‘Ops Lejang’ baru-baru ini.

Dikenali sebagai ‘Sindiket Curi Kenderaan Peter’, modus operandi sindiket ini ialah dengan menggunakan seorang ‘agen’ yang dikenali sebagai Peter, 42, untuk mencari pembeli dan menjual semua kenderaan tersebut.

“Peter ditangkap pada 17 Mei lepas di rumahnya di Mantin dan dengan tertangkapnya mereka semua, polis berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian kenderaan di enam buah negeri, iaitu Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan,” ujar Ramli kepada pemberita dalam Sidang Media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka pagi tadi.

Tambahnya, sembilan orang yang ditangkap termasuk berumur antara 40-an hingga 60-an, dan Peter yang mempunyai 11 kes jenayah lampau, seperti curi kenderaan, samun dan penyalahgunaan dadah.

“Pihak polis mendapati ada antara pembeli telah membeli dan menggunakan kenderaan tersebut selama tiga tahun dan kesemua tujuh orang pembeli tersebut turut mempunyai kes lampau,” jelas Ramli.

Tambahnya, pihak polis juga percaya terdapat dalang yang membantu memperbaharui cukai jalan dan membuat pengklonan nombor pendaftaran kenderaan curi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (curi kenderaan) dan jika didapati bersalah akan dipenjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari tujuh tahun serta denda.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda