Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

PRK Kuala Kangsar: Jalan Raya Sesak Pagi Tadi        

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Jalan raya masuk ke Kuala Kangsar melalui laluan  Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sesak pagi tadi.

Aliran trafik turut bergerak perlahan dari pintu gerbang kedua berhampiran Kampung Talang menuju ke arah pekan Kuala Kangsar.

Kesesakan disebabkan penggunaan Sekolah Kebangsaan Talang yang terletak berhampiran jalan utama sebagai antara pusat mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.067  Kuala Kangsar yang diadakan hari ini.

 

DSC_3592 (1)

 

Penyokong parti-parti politik dan deretan kereta yang diletak di bahu antara punca kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, keadaan semakin hangat di sekitar kawasan dengan kibaran bendera parti-parti politik yang bertanding dan kebingitan bunyi hon kereta di sepanjang jalan raya utama itu.

Cuaca panas tidak menjadi penghalang para pengundi beratur bagi melaksanakan tanggjungjawab masing-masing.

Tepat pada pukul 5.00 petang, semua pusat mengundi PRK Kuala Kangsar akan ditutup sepenuhnya.

 

-AH/DZ/AAS

Tinggalkan komen anda