Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

6 Maut Dalam Kebakaran ICU Hospital Sultanah Aminah

By 25 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya) / Foto utama: Twitter Bomba

JOHOR BAHRU, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Enam daripada tujuh mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, di sini, disahkan maut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, mangsa terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki.

Pihak polis yang menerima panggilan kebakaran sekitar 9.00 pagi tadi telah menggerakkan semua pasukan penyelamat yang terdiri daripada 21 pegawai dan 98 anggota polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat dengan 10 pegawai, 25 anggota dan lima jentera, serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dengan seorang pegawai, 15 anggota dan tiga jentera ke tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, melalui laman sosialnya menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat berkenaan insiden ini.

kp-kesihatan

Ketika kejadian difahamkan terdapat 294 pesakit dan 193 petugas di bangunan induk.

-LAGI MENYUSUL

 

– SF

Tinggalkan komen anda