Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bajet 2017-?Veteran ATM Sabah Sambut Baik Insentif Khas

By 24 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus  (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Okt (Malaysiaktif) – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sabah menyambut baik Insentif Khas Insurgensi sebanyak RM55 juta bagi veteran ATM yang hilang upaya semasa dalam perkhidmatan.

Menurut Yang DiPertuanya, Zaman Bayang, insentif yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu membuktikan kerajaan menghargai pengorbanan veteran ATM sekali gus mengambil berat tentang kebajikan golongan berkenaan.

Zaman turut berharap kerajaan terus mengkaji dan memperhalus setiap keperluan golongan veteran sesuai dengan cabaran sara hidup kini.

Pada sesi pembentangan itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan insentif baharu untuk veteran ATM yang hilang upaya ketika dalam perkhidmatan menerusi Bayaran Insentif Khas Insurgensi secara sekali gus dan bulanan, selain bayaran pencen hilang upaya sedia ada.

“Bagi pihak semua ahli di Sabah, saya mengucapkan terima kasih atas pengumuman yang telah dibuat dan berharap Perdana Menteri akan terus mempertimbangkan inisiatif lain bagi meringankan beban veteran ATM,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Golf Amal PVATM Bersama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Mahiruddin, pada Sabtu.

image
Terdahulu, Pertandingan Golf Amal Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) bersama Tuan Yang Terutama (TYT), Yang Di-Pertua Negeri Sabah berjaya mengutip RM 10,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Pada pertandingan yang disertai Tun Juhar itu, Kenneth Wong telah menjadi johan untuk kategori terbuka manakala Mat Saidin menjadi johan bagi kategori terbuka gross.

Kategori wanita pula dimenangi oleh Suzy Thomas dan Panglima Task Force 450, Mejar Jeneral Dato Zulkapri Rahamat menjadi johan kategori VIP.

 

SF

Tinggalkan komen anda