Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

KAFA Perlu Guna Teknologi Demi Pembangunan Pendidikan

By 15 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Mohd. Zahari Zakaria (Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 15 November (Malaysiaaktif) – Sistem Pendidikan Islam dan struktur organisasi Sekolah Agama telah melalui transformasi yang baik, seiring dengan sekolah-sekolah lain.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata demikian ketika merasmikan Sesi Ramah Mesra Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang bersama Pengurusan Sekolah Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), Takmir, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) di sini, semalam.

“Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, guru-guru KAFA perlu bergerak seiring dengan pembangunan teknologi yang canggih dan menggunakan aplikasi yang serba canggih ini demi pembangunan pendidikan,” katanya.

Bajet 2017 turut memberi penghargaan kepada guru-guru KAFA dan Imam di bawah JAKIM dengan kenaikan elaun serta bantuan khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di seluruh tanah air, sebagai menghargai jasa mereka dalam mengurus tadbir masjid.

“Kerajaan Pusat akan terus membantu negeri Pulau Pinang dan tidak sama sekali akan meminggirkan pembangunan dan kebajikan guru-guru sekolah KAFA, Takmir dan pengurusan masjid. Kerajaan akan pastikan semuanya dilaksanakan dengan baik demi kepentingan ummah dan agama Islam,” tambah Zainal.

Dalam pada itu, Zainal berkata, sejak tahun 2009, sebanyak 15 masjid berkos RM75 juta telah disiapkan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam.

– AH

Tinggalkan komen anda