
SEREMBAN, 5 Dis — Dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Yamtuan di sini, tidak berhasil apabila mereka ditahan orang ramai, petang Ahad.
“Rakannya yang sedang menunggu di motosikal terus memecut laju. Bagaimanapun, motosikal mereka terbabas dan melanggar sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.”Orang awam kemudian menahan kedua-dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu sebelum diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan, Isnin.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Turut disiarkan dalam laman Facebook tersebut rakaman video seorang daripada suspek ditahan dan dipukul orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.