Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pelan Pembangunan Khas Masyarakat India Ditambah Baik

By 26 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 
Laporan / Foto oleh A. Prabagaran

KLANG, 26 Januari (Malaysiaaktif) – “Masyarakat India di negara ini telah menyumbangkan banyak tenaga dan jasa untuk pembangunan negara Malaysia. Perpaduan harus diperkukuhkan di kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kerajaan Barisan Nasional telah menunaikan janji-janji yang diberi sebelum ini kepada masyarakat India. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata demikian pada Majlis Sambutan Ponggal Kebangsaan anjuran Parti Malaysian Indian Congress (MIC) di Pusat Latihat Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam malam tadi.

ponggal 2

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sambutan Ponggal Kebangsaan anjuran Parti Malaysian Indian Congress (MIC) di Pusat Latihat Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam

 

“Kerajaan akan tampil dengan pelan pembangunan khas yang ditambah baik untuk masyarakat India dalam masa terdekat. Satu kajian telah menunjukkan, sebanyak 64 peratus responden menyatakan pemimpin-pemimpin MIC dan Barisan Nasional telah membantu masyarakat.

“Sejak menjadi Perdana Menteri, pelbagai program telah dilaksanakan untuk menaikkan taraf sosioekonomi masyarakat India dan saya sendiri mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal kaum India”, ujar beliau lagi.

Kabinet telah meluluskan peruntukan besar untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan pelbagai bantuan lain lagi seperti pinjaman TEKUN dan pinjaman Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED).

WhatsApp Image 2017-01-26 at 8.56.23 AM

Orang ramai yang hadir semasa Sambutan Ponggal Kebangsaan anjuran Parti Malaysian Indian Congress (MIC) di Pusat Latihat Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam

 

“Saya meminta semua pemimpin MIC perlu dekati masyarakat dan bantu selesaikan masalah mereka dan bukan hanya mementingkan kedudukan masing- masing dan sudah pasti kita akan dapat balasan yang baik selepas kita bantu selesaikan masalah mereka”, kata beliau.

Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden MIC Datuk Seri S.Subramaniam.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda