Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Hargai, Manfaatkan Segala Bantuan Kerajaan

By 12 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

LAPORAN & FOTO : Jusman Hedoh (Sabah)

 

TAWAU, SABAH, 11 Feb.(Malaysiaaktif) – Rakyat perlu sentiasa menghargai segala bantuan dan memanfaatkan setiap pembangunan yang di laksanakan kerajaan.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata rakyat sewajar mensyukuri segala bantuan dan kemudahan yang dinikmati atas usaha kerajaan hari ini.
“Masyarakat perlu ada rasa terima kasih dan menghargai setiap kemudahan infrastruktur yang dibangunkan kerajaan demi memastikan rakyat hidup lebih sejahtera dan terjamin.
“Rasa syukur dan terima kasih ini perlu ditunjukkan dengan terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan untuk terus membangunkan negara.
Nizam berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan pada sabtu di sekolah terbabit.
Menyentuh tentang bantuan persekolahan yang disampaikan tersebut, Nizam berharap bantuan berkenaan dapat digunakan sebaiknya semoga ianya turut dapat menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar di sekolah terbabit.
Katanya, para pelajar dan ibu bapa seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang hasutan atau dakyah yang cuba melahirkan perasaan membenci terhadap pemimpin.
“Rakyat perlu bijak menilai terhadap apa yang telah negara nikmati hari ini dan terus berdiri teguh bersama kerajaan untuk membangun dan memajukan negara,” ujarnya lagi.
– MRR

Tinggalkan komen anda