Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Hi Ping Raja Sungai Litar Dandan Setia

By 26 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Perahu Bidar Lukut bernama Hi Ping milik Selihin Panyau dari Kampung Tutus Hilir dinobatkan sebagai Raja Sungai Litar Dandan Setia dengan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500, piala, medal dan hamper.

Di tempat kedua, Narss dan di tempat ketiga Lagenda Dayung Keramat 2. Masing-masing  membawa pulang wang tunai RM300, dan RM200 beserta piala, medal dan hamper setiap seorang.

Sebanyak enam buah perahu berentap dalam perlumbaan akhir dilepaskan pada jarak lebih 100 meter untuk sampai ke garisan penamat.

Sebanyak enam buah perahu berentap dalam perlumbaan akhir dilepaskan pada jarak lebih 100 meter untuk sampai ke garisan penamat.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tellian merangkap Ahli Parlimen Belia Negeri Sarawak, Johann Harris Sulaiman.

Bagi Kategori Final Harapan tempat pertama dimenangi oleh Rajawali Putera Angin milik Sudin Samti dari Kampung Tellian Ulu, manakala Naga Sari Satu milik Exk Likau di tempat kedua dan perahu Legacy Pak Wik milik Jocklin Belalan di tempat ketiga.

Kejohanan dua hari perlumbaan bidar lukut anjuran Armada Pemuda PBB Tellian kali ini  mendapat penyertaan dan sambutan daripada 222 buah perahu bidar lukut yang mewakili  Kampung Penat, Judan, Jebungan dan seluruh Daerah Mukah.

Menurut Johann Harris tujuan kejohanan seperti ini diadakan adalah untuk mempromosikan permainan tradisional, mengumpul peminat sukan air perahu bidar lukut di Bahagian Mukah untuk sama-sama menjaga warisan sukan tersebut.

“Terima kasih atas kerjasama seluruh ahli kerana telah memberikan kerjasama yang baik demi menjayakan kejohanan kali ini,” ujarnya ketika merasmikan majlis penutup kejohanan tersebut baru-baru ini.

-SH

Tinggalkan komen anda