
Laporan dan Foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa
SIK, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, Nur Liyana Sabri, mencipta sejarah tersendiri apabila memperolehi keputusan cemerlang di dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 apabila mendapat Poin Gred Nilai Kumulatif (PNGK) 4.00.
Nur Liyana antara 44 orang pelajar yang turut dijemput ke Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2017 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di SMK Jitra pagi tadi.
Nur Liyana mendapat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni Visual.
Selain Liyana, seramai 91 orang calon STPM daripada SMK Sik turut menerima keputusan di Dewan SMK Sik, di sini pagi tadi.
SMK Sik juga mendapat 100% lulus penuh sekurang-kurangnya bagi 1 mata pelajaran dengan gred C.
Menurut Penolong Kanan Tingkatan Enam, Cikgu Azizan Saad, PNGK sekolah adalah 2.90 mengatasi sasaran negeri iaitu 2.85.
Azizan yang berbangga dengan pencapaian para pelajarnya dan berharap agar pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan pada tahun 2018.
Katanya lagi, “Kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam memastikan kejayaan pelajar amat baik sekali. Manakala, perhatian kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada sekolah sangat dihargai oleh semua warga SMK Sik.”
– MRR