
Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)
JEMPOL, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Peneroka Felda disaran mempelbagaikan pengunaan tanah secara sepenuhnya bagi menambah sumber pendapatan agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hasan berkata tujuan Felda diwujudkan pada 1956 semata-mata untuk memberi tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan setiap individu ditawarkan sekurang-kurangnya 10 ekar dengan tanaman getah ataupun kelapa sawit.
“Peneroka perlu meningkatkan sumber pendapatkan dengan mempelbagaikan penggunaan tanah felda seperti mengusahakan ternakan lembu daging dengan mengunakan kaedah fidlot yang membolehkan hasil yang lumayan.
“Untuk mencapai tujuan tersebut kerajaan negeri bersetuju membantu menyediakan 1000 ekar lembu. Modal tanah sudah ada cuma merlukan kerajinan dan berkat usaha yang bersungguh sungguh dan generasi belia sebagai pelapis peneroka boleh meneroka bidang ini secara professional,” katanya ketika menyerahkan suratan hak milik tanah kepada 191 orang Peneroka Felda Serting Hilir 4, semalam.
Mohammad turut mengingkatkan para peneroka, supaya menjaga sebaik mungkin suratan hak milik tanah yang diterima hari ini dan jangan digadai ataupun dijual kerana ia aset sangat berharga kepada anak dan cucu sebagai pewaris harta.
Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan Negeri, Datuk Shamsulkahar berkata daripada 11 Skim Felda Wilayah Raja Alias, 9 Skim Felda telah pun menerima suratan hak milik tanah.
“Cuma tinggal dua skim saja yang belum menerima suratan hak milik atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan. Namum demikian pihak pengurusan Felda akan cuba mengatasi masalah tersebut secepat mungkin,” jelasnya.

Ettikaunder (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya gembira dengan penganugerahan suratan hak milik tanah ini.
Sementara itu, seorang penerima Nordin Abd.Rahman, 59, dan pasangan Siti Hafsah Sanusi, 58, melahirkan rasa syukur dan teruja kerana setelah menunggu hampir 30 tahun hari ini menjadi kenyataan.
“Melalui hasil inilah saya membesarkan kesemua anak-anak saya hingga mereka semua berjaya, dan kini bertugas di ibu kota,” ujar bapa kepada tiga orang anak ini.
Manakala P. Ettikaunder, 63, berkata beliau bersetuju dengan saranan supaya mempelbagaikan sumber pendapatan.
“Sebelum ini saya tidak mempunyai sebidang tanah pun, tetapi hari ini saya mempunyai 10 ekar tanah dan mengucapkan terima kasih kepada pengurusan felda dan kerajaan negeri kerana kini impian telah menjadi kenyataan,” katanya.
– SH