Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Sidang DUN Ke-15 Sabah Berjalan Lancar

By 3 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Norliza Yusof /Foto: Azman, Shahvian, Volontine, Nasrie

KOTA KINABALU, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan DUN Ke – 15 yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk? Mahirudin di sini, pagi tadi, berjalan lancar.

Tun Juhar dalam ucapan dasarnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri baharu yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan dan pentadbiran di Sabah.

Shafie (lapan dari kiri) serta Ahli Jemaah Menteri dan juga Ahli DUN Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan (lapan dari kanan).

Shafie (lapan dari kiri) serta Ahli Jemaah Menteri dan juga Ahli DUN Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan (lapan dari kanan).

“Tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dipilih dan berharap agar semua Ahli DUN dapat berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komited dan dedikasi seperti mana yang diharapkan rakyat.

“Diharap juga, hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dapat dipertingkatkan dan diperkukuh agar segala perjalanan urusan pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar dan sempurna seterusnya dapat menjamin pengembalian hak-hak Sabah dapat direalisasikan,” katanya.

Terdahulu, Tun Juhar menghadiri Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu yang diketuai Pegawai Turus Latihan, ASP Mohd Nazrol Mohd Nawi dengan kekuatan anggota seramai 102 anggota.

Ketibaan Tun Juhar di Majlis Jamuan Tengah hari sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Pertama Persidangan DUN ke - 15

Ketibaan Tun Juhar di Majlis Jamuan Tengah hari sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Pertama Persidangan DUN ke – 15

Selain itu, istiadat turut didukung oleh Pancaragam Polis Kontinjen Sabah seramai 50 orang yang dipimpin oleh ASP Mesmor Edward.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan DUN Ke -15 yang berlangsung mulai hari ini akan berakhir pada 5 Julai.

Hadir sama Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali,Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Timbalan Speaker II, Datuk George Anthony Ginibun.

-MRR

Tinggalkan komen anda