
Laporan/foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/Ariza Bt Mohamed Zaki
KEPALA BATAS, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 5 bayi sempena tahun baru 2019 dilahirkan di Hospital Kepala Batas (HKB) , Pulau Pinang.
Ketua Jururawat Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HKB, Roszita Binti Azizan berkata, 2 bayi lelaki dan 3 bayi perempuan dilahirkan antara jam 12 tengah malam hingga 8 malam.
“Bayi paling awal dilahirkan di hospital ini adalah pada jam 12.22 tengah malam iaitu bayi perempuan seberat 3.33 kilogram (kg).
“Setakat ini, 5 ibu yang bersalin secara normal adalah berketurunan Melayu,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.
Noor Sakinah Bt Jamil , 26 tahun , berkata, dia selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.01 kg tanpa sebarang kontraksi teruk pada jam 9.30 pagi.
Beliau mula berasa sakit pada jam 4 pagi dan suaminya Mohd Anas Bin A. Rahim terus membawanya ke hospital Kepala Batas.
“Saya dijangka bersalin pada tarikh 4 Januari tetapi kami sekeluarga amat bersyukur dengan kelahiran bayi awal tahun baharu,” katanya yang kini telah mempunyai dua orang cahaya mata.
Bagi Siti Nur Atikah Bt Mohd Zaki ,25, berkata, dia langsung tidak menjangka anak kelimanya itu dilahirkan pada awal tarikh tahun baru.
Menurutnya, dia melahirkan bayi lelakinya itu secara normal dengan berat 3.23 kg pada jam 10.24 pagi.
“Diikutkan jangkaan kelahiran melebihi tarikh (EDD) sebenar pada 26 Disember lepas. Saya memang tidak menjangkakan bayi lahir pada hari ini kerana sebelum ini kesemua anaknya akan lahir mengikut tarikh EDD yang telah mempunyai 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan setakat ini.
“Namun saya sudah berasa sakit selepas subuh dan pada pukul 8 pagi suami telah membawa saya ke hospital sebelum selamat melahirkan dua jam kemudian,” katanya.
-ER