
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Remmy Sukup (Sarawak)
MUKAH, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Orang ramai, lebih-lebih lagi para pengguna jalan raya laluan Mukah – Selangau merayu agar pihak berkuasa tempatan terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pihak Polis lebih peka dan mengadakan tinjauan ke atas pemandu lori yang membawa muatan buah kelapa sawit dan batu arang yang sering menggunakan jalan tersebut dengan membawa muatan berlebihan sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Keadaan ini juga menyebabkan permukaan jalan di sepanjang jalan Mukah-Selangau dihujani oleh Batu Arang yang jatuh ke atas permukaan jalan dari muatan lori yang berlebihan dan tidak ditutup.

MENDATANGKAN BAHAYA…Muatan yang berlebihan akan mendatangkan bahaya kepada pemandu lori itu sendiri lebih lagi kepada pengguna lain
Keadaan ini timbul disebabkan oleh sikap manusia sebagai pemandu dan pekerja mengangkut batu arang yang terlalu mengejar lebih muatan dan untung banyak. Apabila muatan batu arang dimuatkan ke dalam melebihi baket lori ,maka muatannya semestinya akan tumpah dimana ianya perlu.
Menurut seorang pekerja pembersihan batu arang yang dijumpai sedang menyapu ketulan batu arang yang jatuh menyatakan pemandu lori tidak bertanggungjawab dan tamak. Beliau juga menyatakan ada kalanya lebih dari 5 kali sehari beliau membersikan jalan tersebut disebabkan oleh sisa arang batu dan buah kelapa sawit yang jatuh daripada lori.
Persoalan dari beliau, dimanakah silapnya sehingga keadaan sebegini sering berlaku? “minta kerjasama pemandu agar membawa muatan batu arang atau buah kelapa sawit mengikut had muatan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Para pengguna jalan raya yang lain juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika mengunakan jalan tersebut serta membantu dengan melaporkan kesalahan yang dibuat oleh pemandu lori kepada pihak berkuasa tempatan. Dakwaan juga menyatakan ada sebilangan pemandu lori tersebut terdiri daripada warga asing yang jelasnya tidak mempunyai lesen memandu, terutamanya laluan Ladang Rinwood (Kem B) – Kampung Tellian- Ladang Rinwood (Kem A), keadaan ini sangat membahayakan pengguna jalan raya dan orang awam.
Penduduk sekitar dan pengguna jalan raya disini berharap pihak berkuasa berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya agar keselamatan mereka terjamin.