
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Mahmud Sulaiman (Sarawak)
KUCHING, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Selangor Juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Kelab Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Megalanes Bowling Emart Batu Kawa, Kuching, Sarawak di sini semalam.
Pasukan Selangor buat kali kedua muncul Juara keseluruhan mengalahkan 18 buah Kelab MAKSAK negeri dan kelab gabungan yang lain sekaligus membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1200.00, piala iringan serta pingat.
Naib Johan Pasukan Johor pula membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan serta pingat. Manakala tempat ketiga dan keempat pula disandang oleh Pasukan Sabah dan Kuala Lumpur, masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM800, piala iringan dan pingat.
Antara pasukan lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan Tenpin Bowling yang berlangsung selama 3 hari dari 24 hingga 27 Januari yang melibatkan seramai 288 orang peserta dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu termasuk ATM, PDRM dan PENJARA.

Nurul Atiqah Ahmad dari Johor (dua kiri) dan Nazrin Wagiman dari Sarawak (dua kanan) dinobatkan sebagai Pemain “Perfect Game” atau High Game
Manakal Nurul Atiqah Ahmad dari Johor dan Nazrin Wagiman dari Sarawak dinobatkan sebagai Pemain “Perfect Game” atau High Game masing-masing menerima medal.
Hadiah disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SET) merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Turut hadir ialah Pengarah Unit Pentadbiran JKM,Antonio Kahti Galis, Radin Hedly Radin Mohamad Hambali, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia.
-ER