
Laporan/Foto : Hanafi Sariman & Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Utara)
BAGAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom telah bermula diperkenalkan, namun ramai yang tidak mengetahuinya kewujudan perkhimatan ini. Ia diperkenalkan kerana ramai yang tidak gemar untuk melakukan pemeriksaan kenderaan oleh kerena terpaksa menunggu pada masa yang lama atau pun foktor lokasi yang tidak mengizinkan.
Dengan perkhidmatan khas ini mampu menjimatkan masa dan memudahkan pengusaha kenderaan dan kenderaan logistik atau pun individu persendirian untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan mereka tanpa perlu mengunjungi cawangan PUSPAKOM, Perkhidmatan ini boleh ditempah dengan hanya menelefon 1-800-222-210, anda sudah berpeluang menempah satu slot pemeriksaan selama 30 minit.

En. Shahrul Abdul Rahim, Pegawai Penyelia Operasi, Unit Pemeriksaan Bergerak, sedang menyelia Pemeriksaan kenderaan
Pasukan MIU PUSPAKOM yang terlatih bersama kenderaan unit pemeriksaan bergerak dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan kenderaan yang lengkap akan ke lokasi pilihan pemilik kenderaan untuk melakukan pemeriksaan kenderaan pelanggan. Proses pemeriksaan adalah mudah dan cepat serta laporan pemeriksaan akan dikeluarkan serta merta.
Menurut Encik Shahrul bin Abdul Rahim Penyelia Operasi Unit Bergerak Cawangan PUSPAKOM Mak Mandin (Wilayah Utara) yang ditemui di Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat Sempena Tahun Baru CIna 2019, perkhidmatan unit pemeriksaan bergerak ini terbahagi kepada tiga, iaitu Unit Bergerak Trak (untuk kenderaan komersial berat), Unit Bergerak Ringan (untuk kenderaan perdagangan) dan Unit bergerak Van (untuk kenderaan persendirian).
Tambah beliau bagi perkhidmatan pemeriksaan bergerak ini, Unit Bergerak Trak PUSPAKOM kini mempunyai 7 unit yang terbahagi 4 unit untuk bahagian tengah dan masing-masing 1 unit untuk utara, pantai timur dan selatan. Setiap unit ini terdiri dari 7 orang kakitangan dalam setiap pasukan iaitu terdiri daripada 4 orang pemeriksa, manakala seorang penyelia, kerani dan pemandu.
-ER