Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaTrending

Golongan Muda Penentu Masa Hadapan Negara – Tun Mahathir

By 16 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: YokaNanthini Murugeesan (Putrajaya)

BANGI, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa golongan muda harus sedar bahawa tanggungjawab mereka tidak terhenti dengan kejayaan yang telah kita capai, kerana cabaran untuk memulih dan membangun negara adalah lebih besar dan utama.

Katanya, golongan muda perlu juga bersama-sama untuk memperbaiki dan memikirkan apakah usaha yang perlu kita lakukan untuk masa depan negara yang akan diwarisi belia.

Susulan itu, Perdana Menteri menasihati golongan muda untuk menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam menghadapi arus dunia yang semakin mencabar.

“Bagi golongan belia yang memegang jawatan sama ada dalam sektor kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan seperti pertubuhan belia, saya ingin tekankan bahawa sikap berintegriti tinggi dan menolak amalan rasuah hendaklah sentiasa menjadi pegangan dalam pekerjaan dan kehidupan.

“Teknologi maklumat juga menjadi satu cabaran. Golongan muda perlu bijak menangani kepantasan perubahan teknologi ini dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara negatif sehingga nilai-nilai murni dan idealisme tercemar,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2019 bertemakan Youth Power di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Antara cabaran lain yang digariskan oleh Tun Mahathir adalah Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Walau apa jua cabaran dan perubahan, golongan muda harus berpegang kepada nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat, atas kepercayaan dan kesetiaaan anak muda dalam memimpin negara pada hari ini, suara anak muda akan sentiasa diberi perhatian dan diambil kira dalam membangunkan negara,” katanya lagi.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha.

-SH

Tinggalkan komen anda