Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lawatan Gobind ke Sarawak Erat Kerjasama Kementerian dan Negeri

By 17 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Eparizan Mansor (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo akan mengadakan Program bersama Rakyat di Bintulu, Sarawak Sabtu ini.

Lawatan rasmi beliau itu dilihat mampu mengeratkan lagi kerjasama kerajaan pusat melalui kementeriannya dan kerajaan negeri, di mana kebaikan dan faedah yang akan dibawa secara bersama-sama bakal dikembalikan semula kepada rakyat Sarawak sempena program ini nanti.

Sebagai rekod, ini merupakan lawatan ke dua Gobind selepas lawatan kerja sulungnya ke Sarawak pada 14 Januari lalu selepas dilantik sebagai Menteri KKMM pada Mei tahun lepas.

Lawatan ini sangat memberi makna kepada rakyat Sarawak dan semua pihak adalah dijemput hadir dalam Program Pemimpin Bersama rakyat sempena lawatan Gobind ke Bintulu, esok.

-SH

Tinggalkan komen anda