Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Maybank, Celcom Axiata Serah Zakat Perniagaan

By 23 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Jeanne J. Som/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU,  23 Mei (Malaysiaaktif) – Maybank Islamic menerusi pengurusnya, Abbas C K Yahya menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1,420,897.64 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Istana Negeri, pada Rabu.

Tun Juhar (enam dari kiri) menyaksikan penyampaian replika cek oleh Abbas (lima dari kiri) kepada Hasbullah (tujuh dari kiri).

Tun Juhar (enam dari kiri) menyaksikan penyampaian replika cek oleh Abbas (lima dari kiri) kepada Hasbullah (tujuh dari kiri).

Penyerahan tersebut merupakan jumlah hasil kutipan zakat bagi tahun 2018 yang disampaikan kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha dan disaksikan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin.

Abbas ketika bercakap kepada media berharap lebih banyak zakat dapat dikutip bagi membantu lebih ramai golongan asnaf di negeri ini.

Tun Juhar (dua dari kiri) menyaksikan penyampaian cek oleh Erna (kiri) kepada Hasbullah (tiga dari kiri).

Tun Juhar (dua dari kiri) menyaksikan penyampaian cenderamata oleh Hasbullah (tiga dari kiri) kepada Erna (kiri).

Pada majlis yang sama, Celcom Axiata Berhad turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM143,736 yang disampaikan oleh Ketua Perhubungan Kerajaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat Celcom Axiata Berhad, Erna Sandra Untong.

EM

Tinggalkan komen anda