Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Rakan Muda khatam Al-Quran Sepanjang Ramadhan

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir / Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

JAWI, 23 Mei (Malaysiaaktif)  Bertempat di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang 1440H/2019M sempena Hari Nuzul Quran kelmarin.

Majlis ini merupakan acara penutup bagi Program Tadarus Al-Quran yang telah diadakan pada awal Ramadhan lalu. Ianya bertujuan sebagai meraikan kesungguhan anak muda yang telah berusaha untuk khatam 30 ‘juzu’ Al-Quran disepanjang bulan Ramadhan.

Antara belia Rakan Muda yang menyertai majlis tersebut

Antara belia Rakan Muda yang menyertai majlis tersebut

Program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama  Pejabat Penyelaras Parlimen Nibong Tebal serta agensi-agensi kerajaan yang lain ini diadakan pada awal pagi dengan aktiviti gotong royong,  tazkirah ramadhan, berbuka puasa beramai-ramai, solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah, solat tarawih dan witir, tadarus Al-Quran serta moreh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Adun Sungai Bakap merangkap Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang Dr. Amar Pritpal Abdullah.

Beliau berkata pelbagai inisiatif disediakan pihak kerajaan dalam membantu menyediakan ruang dan pelbagai peluang kepada golangan belia, selain turut menyediakan peruntukan dan dasar pembangunan yang komprehensif.

Dr. Amar Pritpal menyampaikan cenderamata

Dr. Amar Pritpal menyampaikan cenderamata

Program sebegini dapat membina kesedaran diri golongan belia dalam melahirkan pemimpin muda yang mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ummah kearah perpaduan dan pembangunan negara, tambahnya lagi

Turut hadir pada majlis perasmian ini ialah Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan Tuan Yazman Yahya dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang En Zul Fadhli Abd Aziz.

Tinggalkan komen anda