Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Futsal Satukan Jurugambar Labuan

By 10 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramlen Salleh (Labuan)

LABUAN, 10 Julai (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang ahli kelab dan Persatuan Fotografi di Wilayah Persekutuan Labuan menjayakan program silaturahim jurugambar yang dianjurkan oleh Kelab Fotografi Shutterbug Labuan.

Penyelaras program, Treasy Ismail berkata program silaturahim itu diadakan sebagai salah satu usaha menjalinkan silaturahim dan kerjasama dengan semua jurugambar profesional sepenuh masa dan penggemar seni fotografi di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tambahnya, program yang julung kali diadakan itu berjaya menjalinkan semangat muafakat antara jurugambar profesional sepenuh masa dan part-time yang selama ini tidak pernah bertemu dan berbual secara bersemuka.

Semantara itu, Pengerusi Persatuan Fotografi Labuan, Ramlen Salleh berkata antara isu utama dalam industri fotografi tempatan pada masa ini adalah tawaran sebutharga perkhidmatan fotografi yang tidak seragam dikalangan jurugambar di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Antara faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana kurang komunikasi sesama jurugambar di Wilayah Persekutuan Labuan dalam persaingan menawarkan perkhidmatan.

‘”Program seperti ini, akan dapat menyatukan semua jurugambar di Wilayah Persekutuan Labuan khususnya dalam isu penawaran harga dalam perkhidmatan fotografi di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kalau sebelum ini mereka bersaing, tetapi selepas ini mereka boleh berbincang dalam menetepkan penawaran harga di Wilayah Persekutuan Labuan,” kata beliau ketika ditemui semalam.

Turut hadir ialah Pegawai Bahagian Komunikasi Koparat Perbadanan Labuan, Dafi Chua, wakil dari Senyuman Manis Fotografi, Nazri Masri dan beberapa penggiat seni fotografi tempatan seperti Welson Edwine, Rizahanddy Mokti dan Nick Jontravolta.

Tinggalkan komen anda