Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Kembara Digital Malaysia Fenomena Baharu KKMM

By 24 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohd Fauzi Rosli (Ipoh)

IPOH, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) terus melakar sejarah baharu dengan menjanjikan satu pengalaman digital yang memberi manfaat dan keseronokkan kepada pengunjung.

Bersempena Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia, KKMM dengan kerjasama kerajaan negeri bakal mencetus fenomena berbeza menerusi program Kembara Digital Malaysia (KDM).

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata Perak terpilih menjadi lokasi pertama pelancaran KDM kali ini yang akan berlangsung dalam bentuk karnival selama dua hari bermula Sabtu ini di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.

Antara agensi terlibat dan aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung.

Antara agensi terlibat dan aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung.

“KDM merupakan inisiatif KKMM yang bertujuan merapatkan jurang saluran penyampaian maklumat antara kerajaan dan rakyat. Hal ini dibuktikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti e-usahawan, U Can Do It, Caring Bridge, dan Digital Life Style Malaysia.

“Lokasi penganjuran di Meru juga bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikannya sebagai sebuah bandar pintar di negeri ini,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Menurut Hasnul, lebih 40 pempamer akan terlibat dalam program ini terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, pengeluar perkakasan dan perisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta agensi persekutuan dan negeri.

“Pelbagai acara menarik diaturkan seperti bengkel dan latihan ICT, permainan dan pertandingan berasaskan talian, pertandingan dron, hiburan dan teknologi maklumat. Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah menanti pengunjung yang hadir seperti dron, permainan video, telefon bimbit dan banyak lagi.

“Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Ameng Spring, Andi Bernadee dan Naim Daniel,” katanya lagi.

Pengunjung juga disajikan dengan tayangan skrin besar bagi siaran langsung perlawanan akhir Piala FA 2019 yang menyaksikan pasukan tuan rumah bakal bertemu Kedah pada Sabtu ini.

-SH

Tinggalkan komen anda