
Laporan/ foto: Noor suraya Binti Zainal (Daerah Timur Laut)
GEORGETOWN,12 Sep (Malaysiaaktif) – Kempen Bulan Kebangsaan peringkat sekolah di bawah naungan Kelab Malaysiaku dengan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut telah diadakan di dewan Sekolah Men Teknik Tunku Abd Rahman. Program diadakan bersama pelajar-pelajar sekolah dan guru bertujuan untuk mengingati pergorbanan pejuang-pejuang terdahulu telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara.
Program bermula seawal jam 8 pagi itu turut di serikan dengan pelbagai persembahan seperti pakaian tradisional, puisi kemerdekaan,dan nyanyian lagu patriotik oleh guru dan pelajar.
Hal ini ditegaskan oleh Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman, Mohd Salim Bin Mohamed Yusof yang mengharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan kerana ia dapat memupuk jati diri dan mereka sewajarnya menghargai pengorbanan para pejuang tanah air yang berjuang mempertahankan tanah air walaupun serba kekurangan dan cuma berbekalkan keringat serta semangat cintakan negara.
Majlis disempurnakan oleh wakil Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut, Manit A/L Seenam.
Program diakhiri dengan nyanyian bersemangat dari pelajar dengan nyanyian lagu “Gemuruh” “Tanggal 31” dan lagu Setia yang dinyanyikan oleh semua guru.
-II-