Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Malaysia Menuju Populasi 15 Peratus Warga Emas Menjelang Tahun 2030

By 9 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Hazlinah Samsir/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Malaysia berdepan dengan peningkatan populasi warga emas sebanyak 15 peratus menjelang tahun 2030.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe, kerajaan sedar dengan cabaran yang bakal dihadapi dan komited memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara.

SUASANA....Majlis dihadiri oleh ahli-ahli COSCA seluruh Sabah dan ahli NACSCOM dari Kuala Lumpur.

SUASANA….Majlis dihadiri oleh ahli-ahli COSCA seluruh Sabah dan ahli NACSCOM dari Kuala Lumpur.

“Kita sedang merangka akta baharu bagi melindungi hak-hak warga emas pada masa kini dan akan datang agar golongan ini tidak merasa tersisih.

“Ini merupakan komitmen kerajaan dalam menghargai golongan yang telah menabur bakti kepada anak bangsa,” katanya dalam Majlis Ulang Tahun Ke-20 Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA) sempena Sambutan Hari Warga Emas 2019 di Dewan Hakka, pada Isnin.

Tambah beliau, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh turut memaklumkan bahawa akta berkenaan akan diusulkan di parlimen pada tahun hadapan.

Phoong (tengah) menerima cenderahati dari Presiden Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA), Jimmy Ng Thau Syn (dua dari kiri).

Phoong (tengah) menerima cenderahati dari Presiden Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA), Jimmy Ng Thau Syn (dua dari kiri).

Sementara itu, Presiden Majlis Kebangsaan Organisasi Warga Emas (NACSCOM), Datuk Dr Soon Ting Kueh berkata penuaan populasi sememangnya menjadi kegusaran NACSCOM.

“Sebagai badan yang menjadi medium antara warga tua dan kerajaan, kami memohon agar kerajaan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kebajikan golongan ini tidak dipandang remeh.

“Pelbagai isu akan berbangkit melalui penuaan populasi daripada aspek kewangan, penjagaan kesihatan jangka panjang, persekitaran yang sihat, struktur sosial dan sebagainya. Diharapkan kerajaan dapat memberikan warga tua layanan yang selayaknya,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan nyanyian.

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan nyanyian.

COSCA ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menjaga kebajikan warga tua di Sabah dan kini mempunyai 14 persatuan warga tua berdaftar di negeri ini dengan anggaran keahlian 10,000 orang.

ER

Tinggalkan komen anda